Wings - Hukum Karma

Tuesday, January 29, 2013

Tagline "Ini semua POYO" kian Hangat!






HAHAHA!! Tagline diorang ni makin popular sekarang ni..CAYALAH JOZAN!!

JOZAN Juara Maharaja Lawak Mega 2012!!


Maharaja Lawak Mega 2012 akhir telah melabuhkan tirainya dengan JOZAN telah menjadi Juara dalam pertandingan tersebut..TAHNIAH! Buat Jozan! Berikut undian selepas ditutup:


 

Monday, February 7, 2011

Luvia - Jangan Menangis Untukku



Friday, January 28, 2011

Kopi O: Raja Lawak Bukan Tempat Kami

 
KUALA LUMPUR 28 JAN 2011: Hasrat kumpulan Kopi O untuk bergelar Juara Raja Lawak Musim Kelima (RL 5) musnah apabila mereka tersingkir daripada Gelanggang Raja Lawak minggu keempat yang berlangsung di Studio Finas, Ulu Klang, di sini malam tadi.

Sekadar menerima undian khidmat pesanan ringkas (sms) 7 peratus Kopi O yang dianggotai oleh Black dan One, menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

Black atau nama sebenarnya Fakhruddin Mohd Azmi berkata, keputusan tersebut telah pun diduga memandangkan sudah tiga minggu berturut-turt mereka berada di kedudukan tiga terendah.

"Saya dah agak akan tersingkir minggu ini kerana sudah tiga minggu berturut-turut kami mendapat undian sms yang rendah. Lawak yang dibawa oleh kami iaitu silent comedy tidak menepati citarasa penonton RL sendiri. Memang salah kamilah kerana menampilkan cara lawak yang berlainan daripada orang lain. Betul kata Afdlin Shauki tempat kami tak sesuai di gelanggang ini,"katanya ketika ditemui selepas tamat program.
Menyambung perbualan jelas Black, kelainan yang cuba dibawa mereka nyata menjerat diri apabila silent comedy atau pergerakan tubuh badan itu tidak mampu diterima ramai.

"Malaysia ada banyak cara lawak dan ini merupakan salah satunya.Kehadiran kami adalah untuk mencorakkan lagi gelanggang RL tapi kami tak diterima. Mungkin RL bukan tempat untuk untuk kami dan ada tempat lain lagi yang lebih sesuai," katanya yang mengaku sedikit kecewa.

Sementara itu bagi One atau Syariwan Joir pula berkata, mereka akan terus menghiburkan masyarakat dengan cara lawak tersebut dan tidak terfikir untuk menukarkannya.

'Kami selesa dan tahu lawak kami berlainan tapi tak mengapa masih ada banyak ruang untuk kami teruskan minat kami ini. Kegagalan ini memberi ruang kepada kami untuk berusaha dengan lebih lagi," ujarnya.
Pada minggu ini juga menyaksikan Kumpulan Epy dan Pukaw turut menerima undian terendah iaitu 9.6 peratus dan 7.6 peratus.

Tema cinta dipilih menjadi tugasan di minggu keempat.

Dengan penyingkiran Kopi O, kini hanya tinggal lapan peserta lagi iaitu Leman, Nazmi, Man, Kumpulan R2, Kumpulan Balas, Kumpulan Pukaw dan Kumpulan Lucky berpeluang untuk merebut gelaran Juara RL5.

Dihoskan oleh Johan dan Zizan, RL 5 turut diserikan dengan kehadiran Afdlin Shauki, David Teo dan Sathiya selaku pengkritik tetap. Gelanggang RL disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima, 105, setiap Sabtu pukul 9 malam dan murai.com.my merupakan portal rasmi RL 5.

Berikut keputusan undian sms minggu keempat Gelanggang Raja Lawak 5:

1) Leman: 18.3%
2) Nazmi: 12.8%
3) Man: 12.7%
4) Kumpulan R2: 12%
5) Kumpulan Lucky: 10.1%
6) Kumpulan Balas: 9.7%
7) Epy: 9.6%
8) Kumpulan Pukaw: 7.6%
9) Kumpulan Kopi O: 7%

Artikel from:  http://murai.com.my

Thursday, January 27, 2011

Zaid - Menjulang Kasih



Download lagu ini: Zaid - Menjulang Kasih.mp3

Stings - Usah Dengar Kata Orang





Download lagu ini: Stings - Usah Dengar Kata Orang.mp3

Wednesday, January 26, 2011

Alfa - Wajah Seribu Erti (edited by me)